salam…

ada ketika dalam perjalanan hidup ini atau sehari-harian kita sesekali didatangi oleh ‘hawa’ kemalasan..

‘hawa’ yang saya maksudkan itu bukanlah hawa @ wanita… tetapi ianya adalah bahang-bahang atau tiupan sepoi-sepoi bahasa yang mengajak diri untuk menjadi malas..

dan sering kali atau 70% bisikan ‘hawa’ malas itu berjaya menghambat diri kita…
dan sudah tentu berbakikan 30% kudrat yang ada untuk melawan ‘hawa’ ini, jika ikut perkiraan atau ‘sifir’ ianya akan tewas jua…

untuk bingkas bangun melawan hawa malas ini, saya mengsyorkan kita melakukan satu tindakan pantas iaitu; berdiri dengan pantas sebaik sahaja diri kita menjejaki kehadiran hawa malas ini…

ya… betul… berdiri dan berjalan dua tiga langkah meninggalkan posisi kita tadi…

teknik ini sudah diamalkan oleh kaum mesir tatkala mereka mendirikan piramid dahulu…

bayangkan ditengah padang pasir yang panas terik… faktor kemalalasan ini sudah tentu menjadi satu igauan buat ‘supervisor-supervisor’ tapak pembinaan piramid tersebut, namun mereka menggunakan teknik ‘force action’ iaitu memaksa pekerja mereka untuk berdiri apabila di kesan akan berlaku penyebaran hawa malas di kalangan mereka…

apapun… malas jika dilayan akan mengundang bahana… buat diri, keluarga, masyarakat serta kerjaya…

selamat mencuba…🙂