MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam
itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’,
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan
tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab
membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana
Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah
Syaitan.”

Berikut adalah Doa Awal Tahun

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan
bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi
perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan
kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1.      Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.      Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.      Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah
bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.      Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja
Namrud.
5.      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.      Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.      Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang
dideritainya.
9.      Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah
berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.      Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
11.      Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.      Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.      Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.      Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.      Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.      Allah menjadikan ‘Arasy.
17.      Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.        Allah menjadikan alam.
19.      Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.      Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1.      Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari
dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud
Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam,
iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.      Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan
sebagainya.
3.      Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah
selepas Asar sebanyak 3X
4.      Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1.      Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah
akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.      Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan
melapangkannya dalam kubur nanti.
3.      Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4.      Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan
cahaya iman dalam hatinya.
5.      Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
6.      Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada
neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
7.      Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan
mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.      Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada
tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala.”
9.      Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun
itu.
10.    Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.    Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari
Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan
kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.    Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa
nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13.    Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala
seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.    Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali
Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.

Kisah Hijrah

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)
melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai
rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada
sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan
kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum
kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya
supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu
dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan
harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang
membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah
daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk
memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal
dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang
tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah
tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.
Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan
bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari
rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu
juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu
tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW)
dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga
hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah
(SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW)
dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi
oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT
membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji
mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak
diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu
Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit
matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan
segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk
Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang
baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW).
Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh
di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di
Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya
diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk
menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid
di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat
kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut
segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa
bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

atas

Tentang Kaabah

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya
saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas
satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada
tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat
manakala yang di luar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam,
Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai
penghormatan ini.

Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti
bah selain serangan manusia?

Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati
dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah:
Bait ul Ateeq – bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna
bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram – rumah dihormati.

Kaabah dibina semula 12 kali.

Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima
hingga 12 kali.

Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.
Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
– Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
– Dinding Hatim adalah 33 kaki
– Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
– Dinding Barat adalah 46.5 kaki

Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah
(SAW).

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish

Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan
semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat,
Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina
semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah
turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah
dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad
diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa
mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila
pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah,
penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki
pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah
al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka
lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda
bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai
kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu
diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian
mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.